Salad Betik & Udang

Kategori: Nusantara, Makanan Sihat
Masa Penyediaan: 0 Jam 30 Minit
Hidangan: 4 Orang

Bagaimana cara nak masak Salad Betik & Udang?


Bahan-bahan diperlukan:

Bahan A
  • ½ biji betik mengkal (separuh masak) 
  • 300 g udang segar (dibuang kulit) 
  • 3 biji cili merah (Dihiris)  
  • 2 biji cili hijau  (Dihiris)    
  • 3 biji cili api  (Dihiris)       
  • 2 inci halia (Dihiris)        
  • 1 biji tomato (Dihiris)        
  • ¼ cawan daun ketumbar (Dihiris)
  • ½ cawan kacang goreng (ditumbuk) 
Bahan B
  • ¼ cawan jus limau nipis 
  • 2 sudu makan gula 
  • 2 sudu makan sos ikan 
  • 1 sudu makan sos cili Thai 
  • 2 pokok daun bawang (dicencang) 
  • Garam secukup rasa 

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Buangkan kulit dan biji betik. Cencang atau parut kasar. 
  2. Udang digoreng tanpa minyak sehingga masak (berubah warna). 
  3. Masukkan semua bahan B ke dalam mangkuk besar dan gaul sebati.
  4. Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk besar dan gaul sehingga sebati. Hidangkan.

Leave a comment