Sago Gula Melaka

Kategori: Nusantara, Masakan Melayu
Masa Penyediaan: 1 Jam 0 Minit
Hidangan: 3 Orang
Tags:

Sukakan desserts klasik macam Sago Gula Melaka! Jangan risau, tak susah pun nak buat. Ikuti resipi ni ;)


Bahan-bahan diperlukan:

Bahan-bahan (sago):
- 5 cawan air
- 1 1/2 cawan sago

Bahan-bahan (kuah santan):
- 2 cawan santan 
- Daun pandan

Bahan-bahan (sirap gula melaka):
- 1/2 cawan air
- 200g gula melaka
- 1/4 sudu kecil garam


Cara menyediakan dan memasak:

Cara-cara:
1. Untuk memasak sago, panaskan air dan masukkan sago. Kacau 15 minit hingga masak.
2. Sejukkan 30 minit.
3. Untuk kuah santan, didihkan santan dengan daun pandan.
4. Untuk sirap gula melaka, didihkan air, gula melaka dan garam sehingga pekat.
5. Hidangkan sago bersama kuah santan dan sirap gula melaka.


Leave a comment