Roti John Special

Kategori: Pencuci Mulut / Minuman, Pastri (Roti & Kek)
Masa Penyediaan: 0 Jam 30 Minit
Hidangan: 1 Orang
Tags:

Tak perlu berbaris di bazar Ramadan untuk Roti John lagi; cuba resipi mudah ini!


Bahan-bahan diperlukan:

  • 2 telur 
  • ¼ cawan Susu Lemak Rendah MARIGOLD HL 
  • ½ bawang besar (dicincang) 
  • 2 ulas bawang putih (dicincang) 
  • 1 sudu kecil serbuk kari 
  • 100g daging cincang 
  • Roti hot dog 
  • Kobis (diparut) 
  • Lobak merah (diparut) 
  • Tomato (dihiris) 
  • Sos cili & mayones 
  • Garam 
  • Mentega

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Pukul telur bersama susu. 
  2. Cairkan mentega dan tumis bawang besar dan bawang putih.
  3. Masukkan daging, serbuk kari, dan garam. Gaul sehingga masak dan tuangkan adunan telur ke atas daging.
  4. Apabila sudah sedikit masak, tekapkan roti hot dog ke atas adunan. 
  5. Balikkan roti dan tabur kobis, lobak merah, dan tomato. 
  6. Hidang bersama sos cili dan mayones.

Leave a comment