Roti John Daging

Kategori: Pencuci Mulut / Minuman, Pastri (Roti & Kek)
Masa Penyediaan: 0 Jam 25 Minit
Hidangan: 5 Orang

Sangat sesuai untuk sarapan pagi dan minum ptg..juga untuk berbuka puasa..dapat berjimat xperlu pergi pasar juadah..hihihi


Bahan-bahan diperlukan:

  • 1buku daging kisar jenama RAMLY
  • 5ulas bawang putih dan 1biji bawang merah besar(dipotong dadu)
  • 1sudu bsr rempah kari daging
  • 1sudu bsr rempah kari ikan
  • 1sudu kecil lada hitam dan lada sulah
  • 1sudu bsr perasa maggie seasoning
  • 1sk garam,1sk serbuk pati ayam,1sb gula
  • 1paket Roti Sosej/Roti John
  • 5biji telur(xkisah gred ape pun)
  • *Marjerin,mayonnaise,sos cili,sos lada hitam
  • *timun jepun,salad,carrot (pilihan,tp sy lg suka kosong je)

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Tumis bawang merah dan putih..sehingga kekuningan... *sesambil hancur&kiraikan daging kisar..
  2. Masukkan daging kisar yg di kirai kan td..*saya tambah 1keping daging burger ayam jenama RAMLY..tabur lada hitam dan sos perasa maggie seasoning. .
  3. Apabila daging dah separuh masak..ketepikan daging..dengan baki minyak yang ade..bubuh rempah kari,kacau dgn api plg kecik sampai garing..
  4. Masukkan garam,gula dan serbuk pati ayam..gaul sekata dan sebati..
  5. Biarkan inti sejuk dan asingkan ke dalam mangkuk..*kalau buat sekali banyak,bole di bekukan..klo nk guna cuma tinggal cedok beberapa sudu..xperlu panaskan lg..*
  6. Cedok 2sudu inti daging..pecahkan 1biji telur dan kacau sebati.. *roti sosej dibelah 2 (tapi tidak putus) disapu marjerin..
  7. Atas pan..guna api perlahan,letak 1sk marjerin..biar cair..kemudian tuang inti..agk2 da separuh masak..tekup dgn roti yg dibelah 2 tadi..agk da masak..tekan2 roti dan angkat..bubuh la ape sos yang kita suka..
  8. Siap!!!!!...potong kecil..dah sedia untuk dinikmati. ..

Leave a comment