Rendang Sayur Pucuk Ubi

Kategori: Nusantara, Masakan Melayu
Masa Penyediaan: 0 Jam 20 Minit
Hidangan: 2 Orang

Bagaimana cara nak masak Rendang Sayur Pucuk Ubi?


Bahan-bahan diperlukan:

  • 1 ikat pucuk ubi kayu 
  • 20 biji cili api 
  • ½ cawan ikan bilis 
  • 1 inci kunyit hidup 
  • 10 biji bawang merah 
  • 2 ulas bawang putih 
  • (Cili api, ikan bilis, kunyit hidup, bawang merah dikisar bersama bawang putih)
  • 1 cawan santan pekat 
  • 3 sudu makan minyak masak 
  • Garam secukup rasa 

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Asingkan daun pucuk ubi daripada tangkainya. Ramas, basuh dan tuskan. 
  2. Panaskan minyak di dalam kuali dan tumiskan bahan yang dikisar sehingga wangi. 
  3. Masukkan santan pekat, garam, dan pucuk ubi. 
  4. Masakkan sehingga pekat, pecah minyak, dan kelihatan kering. 
  5. Sedia dihidangkan.

Leave a comment