Rendang Ayam Pencen

Kategori: Asian, Masakan Jepun
Masa Penyediaan: 0 Jam 0 Minit
Hidangan: Orang

resepi ni dari rendang Negeri Sembilan... modified skit.


Bahan-bahan diperlukan:

  • 1 ekor ayam pencen 4 cawan santan pekat 2 sudu besar kerisik 1 helai kunyit (di koyak) 1 helai daun kunyit (di hiris halus) 4 btg serai (di titik) 1/2 bungkus serbuk kari daging
  • 1 btg kulit kayu manis 3 kuntum bunga lawang 3 keping asam keping 1/2 sudu teh gula garam secukup rasa semangkuk air
  • Bahan Kisar: 8 labu bawang merah 6 ulas bawang putih 3 btg serai 3 inci halia 1 inci kunyit hidup 1 inci lengkuas 15 tangkai cili kering & 2 sudu besar ciling giling 15 biji cili api 2 biji buah keras secubit jintan manis & jintan putih

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Ayam di potong kecil2. Masukkan ayam, bahan kisar, serbuk kari, serai titik, daun kunyit, kulit kayu manis, bunga lawang dan semangkuk air. Kacau sampai hampir kering. Selepas tu masukkan santan, kerisik dan asam keping serta garam dan gula. Masask hingga ayam lembut dan kuahnya kering. Jika daging ayam belum lembut masukkan secawan air dan kacau sampai kering.Sedia di makan dengan nasi panas2.

Leave a comment