Pulut Pagi Bubble

Kategori: Pencuci Mulut / Minuman, Kuih-muih
Masa Penyediaan: 0 Jam 15 Minit
Hidangan: 4 Orang

Bagaimana cara nak masak Pulut Pagi Bubble?


Bahan-bahan diperlukan:

  • 1 cawan tepung pulut 
  • ½ cawan kelapa parut muda 
  • ½ cawan gula pasir 
  • ½ cawan air 
  • 2 sudu makan minyak masak 
  • Garam secukup rasa

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Gaulkan tepung pulut, kelapa parut, gula pasir dan garam di dalam mangkuk. 
  2. Masukkan air sedikit demi sedikit. Kacau sebati. 
  3. Panaskan acuan di atas api yang kecil. 
  4. Sapukan dengan sedikit minyak masak. 
  5. Sudukan campuran adunan sehingga penuh dan tutup acuan dengan 
    tudung. 
  6. Masakkan selama 4-5 minit ataupun sehingga masak dan agak garing 
    bahagian bawahnya. Hidangkan.

Leave a comment