PULUT AYAM BEREMPAH

Kategori: Resipi Ringkas, Snek
Masa Penyediaan: 1 Jam 15 Minit
Hidangan: 4 Orang

Popular di Selatan Thai dan negeri-negeri di Malaysia yang bersempadan dengan Thai seperti Kedah, Perlis dan Kelantan.


Bahan-bahan diperlukan:

  • 500gm beras pulut - direndam
  • 2 helai daun pandan
  • 1/2 ekor ayam - dipotong kecil
  • 2 sudu besar rempah kari daging
  • 1/4 cawan tepung beras
  • 2 sudu teh serbuk kunyit
  • garam secukup rasa
  • Dikisar atau ditumbuk lumat
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 batang serai
  • 2cm halia
  • 1/2 sudu teh lada hitam
  • Bahan sampingan
  • Bawang merah goreng - untuk ditabur atas pulut
  • Sos cili Thai secukupnya

Cara menyediakan dan memasak:

  1. 1. Basuh beras pulut, simpulkan daun pandan dan kukus hingga masak. Ketepikan seketika. Selalunya beras pulut direndam terlebih dahulu selama 3 hingga 4jam sebelum dikukus. Tips : untuk mempercepatkan proses tersebut, rendam beras pulut dengan air mendidih selama 15 ke 20minit toskan dan boleh terus dikukus.
  2. 2. Gaul ayam dengan bahan tumbuk, rempah kari, serbuk kunyit, garam dan tepung beras. Perapkan dalam 10minit, panaskan minyak dan goreng ayam sehingga garing. Angkat dan toskan.
  3. 3. Goreng bawang merah sehingga kekuningan dan angkat. Pulut ayam lebih enak dimakan bersama-sama bawang goreng yang dihasilkan sendiri.
  4. 4. Hidangkan pulut kukus bersama ayam goreng, taburan bawang goreng serta sos cili Thai.

Leave a comment