PUDING TRAFIK LIGHT

Kategori: Pencuci Mulut / Minuman, Smoothies
Masa Penyediaan: 0 Jam 50 Minit
Hidangan: 1 Orang

Improvisasi dari kuih badak berendam.


Bahan-bahan diperlukan:

  • 1/2 cawan tepung pulut
  • 1 sudu kecil tepung gandum
  • Sedikit kapur
  • Garam
  • Sedikit gula merah
  • Pewarna merah, hijau dan kuning.
  • 1 cawan santan pekat + garam

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Tepung pulut, tepung gandum, kapur dan garam dibancuh hingga menjadi doh yang kental.
  2. Bahagi doh kepada tiga bahagian dan warnakan merah, hijau dan kuning.
  3. isikan doh dengan sedikit gula merah dan bentukkan bulat.
  4. Susun ketiga-tiga doh di dalam bekas.
  5. Tuangkan santan pekat dan kukus.

Leave a comment