Puding Sekelip Mata

Kategori: Nusantara, Kuih-muih
Masa Penyediaan: 0 Jam 30 Minit
Hidangan: 6 Orang

Bagaimana cara nak masak Puding Sekelip Mata?


Bahan-bahan diperlukan:

  • 1 mangkuk kecil puding mangga 
  • 20 biji agar-agar sumi 
  • 1 tin susu cair (400 ml) 
  • 1 kotak jus oren (1 liter) 
  • 2 cawan yogurt perisa mangga

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Keluarkan puding mangga dan agar-agar sumi dari bekasnya. 
  2. Susunkan di dalam mangkuk hidang. 
  3. Di dalam mangkuk lain, campurkan susu cair, yogurt, dan jus oren. Kacau rata. 
  4. Tuangkan ke dalam mangkuk yang berisi puding dan agar-agar. 
  5. Sejuk dan hidangkan.

Leave a comment