Puding Sagu

Kategori: Pencuci Mulut / Minuman, Kuih-muih
Masa Penyediaan: 0 Jam 30 Minit
Hidangan: 6 Orang

Bagaimana cara nak masak Puding Sagu?


Bahan-bahan diperlukan:

Bahan A (Sagu)
  • 2 cawan sagu mata ikan 
  • 1 liter air 
  • 1 sudu teh pewarna hijau 
  • 1 tin susu cair (400 ml) 
  • 1 tin buah koktel
Bahan B (Air Gula)
  • 1 cawan gula merah 
  • ½ cawan gula pasir 
  • 1 cawan air

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Didihkan air kemudian masukkan sagu dan pewarna hijau. Kacau sehingga sagu masak. 
  2. Masukkan sagu ke dalam acuan kecil. Sejukkan. 
  3. Bagi membuat air gula, masakkan bahan B sehingga mendidih dan agak pekat. 
  4. Keluarkan sagu dari acuan yang sudah sejuk dan masukkan ke dalam mangkuk kecil. 
  5. Tuangkan susu cair kemudian hiaskan dengan buah koktel. 
  6. Sejukkan di dalam peti sejuk. Tuangkan air gula merah dan hidangkan.

Leave a comment