Puding Cendol

Kategori: Pencuci Mulut / Minuman, Kuih-muih
Masa Penyediaan: 0 Jam 30 Minit
Hidangan: 8 Orang

Bagaimana cara nak masak Puding Cendol?


Bahan-bahan diperlukan:

  • 1 paket serbuk agar-agar (10 g) 
  • 1 liter air 
  • 1 cawan gula kastor 
  • 1 cawan gula merah 
  • 1 tin susu cair (400 ml) 
  • 2 cawan cendol

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Masakkan serbuk agar-agar, air dan gula sehingga mendidih. 
  2. Bahagikan adunan kepada tiga bahagian. 
  3. Panaskan ⅓ bahagian dan masukkan gula merah. 
  4. Kacau rata dan biarkan mendidih. Tapiskan. 
  5. Masukkan ke dalam acuan dan biarkan hampir keras. 
  6. Panaskan ⅔ bahagian lagi dan masukkan susu cair dan cendol. 
  7. Kacau rata dan tuangkan perlahanlahan menggunakan sudu ke atas 
    adunan gula merah dan sejukkan. Sedia dihidangkan.

Leave a comment