Pudding De Coco

Kategori: Asian, Masakan Cina
Masa Penyediaan: 0 Jam 0 Minit
Hidangan: Orang

Puding kelapa susu


Bahan-bahan diperlukan:

  • 150ml santan kotak/tin
  • 120ml susu pekat manis
  • 300ml susu segar
  • 25g gula
  • 2 biji telur
  • beberapa titik esen vanila
  • <b>Karamel</b>
  • 2 sudu besar gula
  • 1 sudu besar air

Cara menyediakan dan memasak:

  1. <b>Sediakan karamel</b> Panaskan air dengan gula sehingga warna perang. Tuangkan ke dalam acuan. Ketepikan.
  2. Masukkan telur ke dalam mangkuk. Kacau sekejap tapi jangan bagi berbuih.( tak perlu pukul)
  3. Kemudian masukkan santan, susu pekat, susu segar , gula dan esen vanila ke dalam no.2 tadi. Kacau sehingga semuanya sebati.
  4. Tapiskan adunan masuk ke dalam loyang yang ada karamel tadi.
    Open uri20151010 29872 9arkmo
  5. Letakkan loyang tadi ke dalam oven plate. Masukkan air suam ke dalam oven plate tersebut. Bakar dengan suhu 200 degree selama 40-45 minit. Boleh juga dikukus selama 40 minit atau sehingga masak.
  6. Pastikan puding betul-betul sejuk sebelum dikeluarkan dari loyang.
    Open uri20151010 29872 1i05gpx

Leave a comment