Portuguese Egg Tart

Kategori: Resipi Ringkas, Kit Makanan
Masa Penyediaan: 0 Jam 0 Minit
Hidangan: 1 Orang

Tat telur yang dibuat dengan pastri. Tiada krim putar, permukaan tat tu tak jadi hanggus sikit yang sepatutnya. Nanti buat lagi dengan krim putar, akan tukar gambar ni.


Bahan-bahan diperlukan:

  • 1 keping <a href="http://www.myresipi.com/top/glossary/5" rel="nofollow">Puff Pastry</a>
  • *Bahan-bahan A*
  • 1/4 cawan gula halus
  • 1/4 cawan susu cair atau susu segar
  • 1/4 cawan <a href="http://www.myresipi.com/top/glossary/29" rel="nofollow">Whipping Cream</a>
  • 3 biji telur kuning
  • 1/4 sudu kecil esen vanila

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Panaskan oven, 200C.
  2. Masukkan semua bahan-bahan A dalam mangkuk dan pukul sampai sebati. Ditapis dan diketepikan.
  3. Potongkan pastri kepada 6 keping bentuk bulat. Cucuk permukaan pastri yang telah dipotong dengan garpu.
  4. Masukkan pastri yang dipotong ke dalam tin muffin.
  5. Isikan campuran telur ke dalam setiap pastri 3/4 penuh.
  6. Bakar selama 20 minit. Biar sejuk dalam tin muffin selama 5-10 minit sebelum dikeluarkan.

Leave a comment