Popia Sira

Kategori: Pencuci Mulut / Minuman, Pastri (Roti & Kek)
Masa Penyediaan: 0 Jam 30 Minit
Hidangan: 6 Orang

Bagaimana cara nak masak Popia Sira?


Bahan-bahan diperlukan:

Bahan A
  • Kulit popia secukupnya 
  • 1 ulas bawang putih 
  • 1 labu bawang besar 
  • 200 g udang (Dihiris kecil) 
  • 1 batang lobak merah 
  • 1 mangkuk sengkuang 
  • 1 biji cili merah (Dihiris halus) 
  • ½ cawan daun kucai (Dipotong pendek) 
  • 1 sudu makan minyak 
  • 2 sudu makan tepung gandum (Dibancuh dengan 3 sudu makan air) 
  • Garam secukupnya 
  • Minyak masak secukupnya
Bahan B (Sira)
  • 2 sudu makan cili kisar 
  • 1 ulas bawang putih (Ditumbuk hancur) 
  • 2 sudu makan cili sos 
  • 2 sudu makan cuka 
  • 1 sudu makan gula 
  • 3 sudu makan minyak 
  • Garam secukupnya 
  • 2 sudu makan bijan (Sekiranya suka)

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Bagi membuat inti, panaskan minyak kemudian tumiskan bawang putih dan bawang besar sehingga wangi. 
  2. Masukkan udang dan lobak merah. Kacau rata. 
  3. Masukkan sengkuang, cili merah, daun kucai dan garam. Kacau rata. 
  4. Apabila sayur sudah lembut tutup api, keluarkan, kemudian tapiskan. 
  5. Letakkan inti popia di tengah-tengah kulit popia. Lipatkan bahagian kiri dan kanan kemudian gulungkan popia. 
  6. Gamkan hujung popia dengan bancuhan tepung tadi. 
  7. Gorengkan di dalam minyak yang banyak dengan api sederhana panas. 
  8. Apabila sudah kekuningan, angkat dan tuskan minyak. 
  9. Bagi membuar sira, panaskan minyak dan tumiskan semua bahan B kecuali bijan goreng sehingga pekat dan pecah minyak. Tutup api dan masukkan popia goreng tadi dan taburkan bijan.

Leave a comment