Popia Ayam

Kategori: Pencuci Mulut / Minuman, Kuih-muih
Masa Penyediaan: 0 Jam 20 Minit
Hidangan: 4 Orang

Bagaimana cara nak masak Popia Ayam?


Bahan-bahan diperlukan:

  • 4 keping daging burger ayam 
  • 1 batang lobak merah (Disagat)
  • 1 biji sengkuang (Disagat)           
  • 2 pokok daun bawang (Dihiris halus) 
  • Kulit popia secukupnya 
  • 2 sudu makan  tepung gandum 
  • 3 sudu makan air (Dibancuh bersama tepung gandum)                         
  • Minyak masak secukupnya 
  • Garam secukup rasa

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Bakar burger ayam di dalam kuali non-stick sehingga masak. Potongkan kecil dan panjang. 
  2. Masukkan semua bahan sayur di dalam mangkuk dan gaulkan bersama garam. 
  3. Leraikan kulit popia satu per satu. 
  4. Letakkan sayuran dan burger ayam di tengah-tengah kulit popia. 
  5. Lipatkan bahagian kiri dan kanan kemudian gulungkan. Gamkan hujung kulit popia dengan bancuhan tepung gandum. 

Leave a comment