Pisang Cheese Rainbow

Kategori: Pencuci Mulut / Minuman, Kuih-muih
Masa Penyediaan: 0 Jam 30 Minit
Hidangan: 4 Orang
Tags:

Pisang Goreng Cheese terlalu 'mainstream' untuk anda? Cuba buat versi 'rainbow' ni pula!


Bahan-bahan diperlukan:

  • 1 sikat pisang
  • ½ cawan tepung gandum
  • 1 cawan tepung beras 
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • ½ sudu kecil garam
  • 1 telur
  • 400ml air
  • Minyak masak
  • 2 sudu besar mentega
  • 2 sudu besar susu pekat
  • Keju parut (cheddar)
  • Kelapa parut 
  • 6 jenis pewarna (merah jambu, jingga, kuning, hijau, biru, ungu)

Cara menyediakan dan memasak:

  • Campurkan tepung gandum, tepung beras, telur, kunyit, garam dan air 
  • Gaul sehingga sebati
  • Pisang dipotong dua, tetapi jangan sehingga putus 
  • Celupkan pisang dalam adunan tepung 
  • Panaskan minyak dan goreng pisang 
  • Asingkan kelapa parut menjadi 6 bahagian 
  • Tambah satu pewarna untuk setiap bahagian kelapa
  • Dalam mangkuk lain, cairkan mentega dalam microwave
  • Campurkan dengan susu pekat
  • Salut pisang goreng dalam sos mentega-susu pekat
  • Tabur keju parut ke atas pisang 
  • Hias pisang dengan kelapa berwarna-warni!

Leave a comment