Pengat Nangka Manis

Kategori: Pencuci Mulut / Minuman, Kuih-muih
Masa Penyediaan: 0 Jam 15 Minit
Hidangan: 4 Orang

Bagaimana cara nak masak Pengat Nangka Manis?


Bahan-bahan diperlukan:

Bahan A
  • 12 ulas nangka 
  • 1 sudu makan sagu mata ikan (Merah) 
  • 1 sudu makan sagu mata ikan (Hijau) 
  • 1 helai daun pandan (Disimpul) 
  • 1 cawan santan pekat 
  • Sedikit garam
Bahan B (Air gula)
  • 1 cawan air 
  • ½ cawan gula pasir 
  • 2 sudu makan gula merah

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Nangka dibuangkan biji dan dikoyak kasar. 
  2. Masakkan semua bahan B sehingga mendidih. Tapiskan. 
  3. Basuh sagu sagu mata ikan merah dan hijau, dan tapiskan. 
  4. Masukkan air gula, nangka, daun pandan, garam, dan sagu mata ikan. Kacau rata dan masakkan sehingga mendidih.
  5. Masukkan santan pekat dan kacau rata sehingga mendidih. 
  6. Sedia dihidangkan.

Leave a comment