Pekasam Ikan Kepar/Puyu

Kategori: Resipi Ringkas, Resipi Bujang
Masa Penyediaan: 0 Jam 0 Minit
Hidangan: 1 Orang

Resipi turun-temurun.


Bahan-bahan diperlukan:

  • 10 ekor ikan puyu/kepar (bersihkan)
  • 1 cawan beras (goreng tanpa minyak hingga kuning dan kisar separa halus)
  • Segenggam garam kasar
  • 4 ulas bawang merah (mayang)
  • 4 ulas bawang putih (mayang)
  • 4 keping asam gelugor
  • 1 labu bawang besar (potong bulat)
  • 10 biji cili api (belah 2)
  • Minyak - menggoreng

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Gaulkan ikan dengan garam dan beras. Perap dalam peti sejuk selama seminggu dalam bekas yang tertutup.
  2. Selepas seminggu keluarkan ikan pekasam dari peti sejuk. Panaskan api. Goreng ikan pekasam ini dengan bawang-bawang, cili dan asam gelugor hingga garing. Siap untuk dihidang dengan nasi panas.

Leave a comment