Pecal Lele

Kategori: Nusantara, Masakan Melayu
Masa Penyediaan: 0 Jam 20 Minit
Hidangan: 4 Orang

Bagaimana cara nak masak Pecal Lele?


Bahan-bahan diperlukan:

  • 3 ekor ikan keli (Dibersihkan dan dikelar) 
  • 1 cawan santan pekat 
  • 8 biji cili api 
  • 4 biji cili merah 
  • 5 biji bawang merah 
  • 2 ulas bawang putih 
  • 1 inci cekur 
  • (Cili api, cili merah, bawang merah, bawang putih dan cekur dikisar bersama)
  • Sedikit belacan 
  • 2 keping asam gelugur 
  • 1 sudu teh gula 
  • Garam secukup rasa

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Lumurkan garam pada ikan. 
  2. Bakar ikan sehingga masak. Angkat dan letakkan ke dalam pinggan hidangan. 
  3. Masukkan santan pekat, bahan yang dikisar, asam gelugur, belacan, garam, dan gula ke dalam periuk. 
  4. Masak dengan api sederhana dan sentiasa kacau supaya santan tidak pecah minyak. 
  5. Tutup api dan tuangkan kuah ke atas ikan. 
  6. Sedia dihidangkan.

Leave a comment