Pancake Cendol

Kategori: Pencuci Mulut / Minuman, Pastri (Roti & Kek)
Masa Penyediaan: 1 Jam 0 Minit
Hidangan: 2 Orang
Tags:

Resipi Pancake Cendol ni perfect untuk korang yang teringin nak makan dessert fusion yang lain dari yang lain!


Bahan-bahan diperlukan:

Bahan-bahan (pancake):
- 1 1/2 cawan tepung gandum
- 1 sudu besar baking powder
- 1 1/4 cawan susu
- 1 sudu besar gula
- 1 biji telur
- Pewarna hijau
- Perisa pandan

Bahan-bahan (sos gula melaka):
- 200g gula melaka
- 1 cawan air
- 1 sudu kecil garam

Bahan-bahan (topping):
- Aiskrim kelapa
- Jagung manis
- Kacang merah


Cara menyediakan dan memasak:

Cara-cara:
1. Di dalam mangkuk, gaul tepung gandum, baking powder, susu, gula, telur, perisa pandan dan pewarna hijau.
2. Dengan menggunakan api kecil, panaskan sesenduk adunan di atas kuali.
3. Apabila adunan mula menggelembung, terbalikkan dan masak beberapa minit.
4. Di dalam periuk lain, didihkan air, gula melaka dan garam hingga pekat.
5. Hidangkan pancake dengan ais krim kelapa, jagung manis, kacang merah, dan sos gula melaka.


Leave a comment