pais ikan ibu mertuaku

Kategori: Asian, Masakan Jepun
Masa Penyediaan: 0 Jam 0 Minit
Hidangan: Orang

masakan terengganu, resepi dari ibu mertuaku


Bahan-bahan diperlukan:

  • 1/2 kilo ikan selayang
  • 1/2 biji kelapa parut yg agak muda
  • 8 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 inci halia
  • 1 inci lengkuas
  • 3 sudu makan cili kering yg dikisar@cili boh (kalau suka pedas tambah lagi)
  • 1 sudu makan rempah gulai daging terengganu
  • 1 sudu teh kerisik
  • 3 tangkai daun kesum
  • garam dan gula secukup rasa(boleh juga guna gula merah atau gula melaka)
  • daun pisang secukupnya

Cara menyediakan dan memasak:

  1. isi ikan dan kelapa parut ditumbuk
  2. bawang merah,bawang putih,halia dan lengkuas dikisar halus
  3. campurkan bahan yg dikisar bersama rempah,cili kisar dan kerisik serta ikan dan kelapa yg ditumbuk
  4. perasakan dengan garam dan gula dan gaulkan bersama daun kesum
  5. bungkus dengan daun pisang dan bakar menggunakan arang atau kuali non stick
  6. bakar hingga masak dan bolehla dimakan dengan nasi panas.
  7. Klik untuk isi cara-cara di sini

Leave a comment