Pais Daging

Kategori: Nusantara, Masakan Melayu
Masa Penyediaan: 0 Jam 30 Minit
Hidangan: 4 Orang

Bagaimana cara nak masak Pais Daging?


Bahan-bahan diperlukan:

  • 400 g daging 
  • 3 biji cili merah 
  • 5 biji cili api 
  • 3 biji bawang merah 
  • 1 batang serai 
  • ½ inci lengkuas 
  • ½ inci kunyit 
  • ½ inci halia 
  • 1 cawan kelapa parut
  • (Cili merah, cili api, bawang merah, serai, lengkuas, kunyit, halia dan kelapa parut dikisar bersama)
  • 1 sudu makan jus asam jawa 
  • ½ cawan santan pekat 
  • 1 helai daun kunyit (Dimayang) 
  • 1 sudu teh gula 
  • Daun pisang secukupnya 
  • Air secukupnya (Bagi merebus) 
  • Garam secukup rasa

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Hiris daging nipis dan lebar. Rebus sehingga lembut dan kering air. 
  2. Gaulkan daging dengan semua bahan kecuali daun pisang sehingga sebati. 
  3. Masukkan ke dalam daun pisang yang dipotong kecil. Bungkus rapi. 
  4. Bakar di dalam kuali non-stick selama 20 minit ataupun sehingga masak. 
  5. Sedia dihidangkan.

Leave a comment