?Pagoda Ballâ„¢

Kategori: Resipi Ringkas, Menu Alam
Masa Penyediaan: 0 Jam 0 Minit
Hidangan: Orang

Jemput2 pagoda...kuih org india...sdp dimakan bila2 masa saja...


Bahan-bahan diperlukan:

  • 500 g tepung kacang dhall/kacang kuda
  • 450 ml air
  • 1 sk bicarbonate of soda
  • 1 sk garam
  • 8 tangkai lada hijau - dibelah 2 dan hiris halus
  • 8 ulas bawang kecil - dimayang halus
  • 2-3 lembar daun kari - dihiris halus
  • sedikit daun sup dan daun bawang - dihiris halus

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Campurkan air denagan bicarbonate soda dan garam.Uli tepung dengan air tersebut hingga rata lalu masukkan bahan2 yg lain dan gaul hingga sebati.
  2. Perap adunan selama 1 jam.POanaskan secukup minyak dan goreng adunan seperti menggoreng jemput2.
  3. Seeloknya adunan dijemputkan dengan hujung jari supaya mendapat bentuk jemput2 yg kecil.Goreng hingga garing atau kecoklatan.Angkat dan toskan diatas kertas serap minyak.
  4. Sajikan segera.Enak dimakan panas2 dan dicicah dengan cili sos.
    Open uri20151010 29872 tr5yp4

Leave a comment