Pad Thai

Kategori: Barat
Masa Penyediaan: 0 Jam 45 Minit
Hidangan: 1 Orang
Tags:

Resipi Pad Thai ringkas ini khas untuk anda yang addicted dengan makanan Thai!


Bahan-bahan diperlukan:

Bahan-bahan (sos pad thai):
- 1/4 cawan air asam jawa
- 1/4 cawan sos ikan
- 3 sudu besar cili kisar
- 3 sudu besar gula
- 1 sudu kecil garam

Bahan-bahan selebihnya:
- 1/2 biji tauhu
- 1 biji bawang besar (dihiris)
- 3 ulas bawang putih (dihiris)
- 10 ekor udang
- 150g mi pad thai (direndam)
- 1 biji telur
- Daun bawang
- Taugeh

Bahan-bahan (topping):
- Limau nipis
- Kacang goreng kisar
- Chili flakes
- Daun ketumbar

Cara menyediakan dan memasak:

Cara-cara:
1. Gaul kesemua bahan sos pad thai.
2. Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng tauhu.
3. Masukkan bawang besar dan bawang putih. Tumis.
4. Masukkan udang dan tumis hingga masak.
5. Masukkan mi pad thai dan gaul.
6. Masukkan sos pad thai dan gaul rata.
7. Masukkan daun bawang dan taugeh. Gaul.
8. Pecahkan telur ke dalam kuali. Apabila sudah masak, hancurkan dan gaul.
9. Hidangkan pad thai bersama limau, kacang goreng kisar, chili flakes dan daun ketumbar.

Leave a comment