Nutella Cornflakes Cookie-Tart

Kategori: Pencuci Mulut / Minuman, Biskut
Masa Penyediaan: 0 Jam 60 Minit
Hidangan: 10 Orang

Dalam 80 keping (saiz kuih tat)


Bahan-bahan diperlukan:

  • 2½ cawan tepung serbaguna, diayak
  • 1½ cawan Kellogg's cornflakes yg sudah dihancurkan hingga menjadi serbuk
  • 200gm butter, dilembutkan
  • 1 biji kuning telur
  • ½ cawan gula perang (light brown sugar)
  • ½ sudu kecil esen vanilla
  • Nutella

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Panaskan oven.
  2. Pukul butter, gula, and telur dan esen vanilla hingga menjadi lembut.
  3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan ulikan hingga menjadi doh yang lembut.
  4. Rollkan doh diatas permukaan yg disapukan sedikit tepung. Guna pencetak kuih tat. Aturkan cookies yg dicetak diatas dulang yg digris.
  5. Bakar selama 20 minit pada suhu 180°C, atau ikut kesesuaian oven masing2.
  6. Sejukkan cookies yg sudah dibakar diatas wire rack sebelum dipaipkan Nutella.
  7. Sedia dihidangkan. Terpulanglah nak letak dalam fridge sebentar ke nak makan terus ok! Yg ni saya nk makan terus.. jemput tengok lah.. hehee..

Leave a comment