Nasi Minyak Buah Kurma

Kategori: Nusantara, Masakan Melayu
Masa Penyediaan: 0 Jam 30 Minit
Hidangan: 8 Orang

Bagaimana cara nak masak Nasi Minyak Buah Kurma?


Bahan-bahan diperlukan:

Bahan A
  • 1 kg beras basmati 
  • 1 cawan buah kurma 
  • 1 liter air/air rebusan ayam 
  • 1 pokok daun ketumbar (Dipotong pendek) 
  • ½ cawan susu cair 
  • 1 sudu makan pewarna kuning (Dibancuh dengan ½ cawan air) 
  • 3 sudu makan minyak sapi 
  • Garam secukup rasa
Bahan B (Tumisan)
  • 5 biji bawang merah (Dihiris)
  • 3 ulas bawang putih (Dihiris)
  • 1 inci halia (Dihiris)
  • 2 inci kulit kayu manis  
  • 3 kuntum bunga lawang 
  • 8 kuntum bunga cengkih 
  • 3 biji buah pelaga 
  • 5 tangkai daun kari

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Basuh beras dan rendamkan selama 30 minit. Tuskan. 
  2. Buangkan biji kurma dan potong kasar. 
  3. Panaskan minyak sapi di dalam periuk. Tumiskan bahan B sehingga 
    wangi. 
  4. Masukkan air rebusan ayam dan garam. Biarkan mendidih. 
  5. Masukkan beras, buah kurma, daun ketumbar, dan susu cair. Biarkan 
    nasi masak seperti biasa. 
  6. Tuangkan bancuhan pewarna kuning ke atas nasi pada 3 tompok 
    yang berasingan. 
  7. Masakkan lagi sehingga nampak nasi cukup kering. 
  8. Gemburkan nasi perlahan-lahan dan sedia dihidangkan.

Leave a comment