Nasi Lemak Burger

Kategori: Resipi Ringkas, Kit Makanan
Masa Penyediaan: 1 Jam 1 Minit
Hidangan: 1 Orang
Tags:

Curious nak tahu rasa Nasi Lemak Burger? Buat sendiri je, lagi sedap!


Bahan-bahan diperlukan:

  • 1 cawan beras pulut (direndam semalaman)
  • 1 cawan santan
  • 1 sudu besar garam
  • Tepung serbaguna
  • Telur
  • Ayam (tanpa tulang)
  • Sambal nasi lemak
  • Kacang dan ikan bilis
  • Timun 
  • Telur goreng

Cara menyediakan dan memasak:

  • Kukus beras pulut dengan santan dan garam hingga masak. 
  • Tekankan dan padatkan pulut ke dalam loyang berbentuk bulat. 
  • Panaskan bun nasi di atas kuali hingga sedikit garing. 
  • Salut ayam tanpa tulang dengan telur dan tepung serbaguna. 
  • Goreng hingga keemasan. 
  • Susun burger, dimulakan dengan bun nasi diikuti dengan sambal, timun, ayam goreng, telur goreng, kacang, ikan bilis dan bun nasi. 
  • Sedia untuk dihidang!

Leave a comment