Nasi Kekacang

Kategori: Timur Tengah, Masakan Arab
Masa Penyediaan: 0 Jam 30 Minit
Hidangan: 6 Orang

Bagaimana cara nak masak Nasi Kekacang?


Bahan-bahan diperlukan:

Bahan A
  • 1 cawan kacang kuda (Direndam selama 7-8 jam) 
  • ½ cawan kacang gajus 
  • 3 sudu makan minyak sapi 
  • 2 sudu makan rempah beriani 
  • 5 cawan air 
  • ½ cawan susu cair 
  • ½ cawan kacang dal (Direndam selama 1-2 jam) 
  • ½ cawan kismis 
  • 3 cawan beras basmati (Direndam 1 jam) 
  • 2 helai daun pandan (Disimpul) 
  • 3 biji cili hijau (Dihiris kasar)
  • 2 biji cili merah   (Dihiris kasar)
  • 1 pokok daun sup   (Dihiris kasar)
  • Bawang goreng (Hiasan) 
  • Garam secukup rasa 
  • 2 sudu makan minyak masak
Bahan B (Tumisan)
  • 2 inci kulit kayu manis 
  • 3 kuntum bunga lawang 
  • 5 biji buah pelaga 
  • 10 kuntum bunga cengkih 
  • 1 labu bawang besar (Dihiris)
  • 3 biji bawang merah (Dihiris)
  • 5 ulas bawang putih (Dihiris)
  • 1 inci halia (Dihiris)

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Rebuskan kacang kuda dengan sedikit garam sehingga lembut. Tuskan. 
  2. Panaskan minyak dan gorengkan gajus dengan api sederhana sehingga kuning keemasan. Angkat dan tuskan minyak. Kemudian asingkan. 
  3. Panaskan minyak masak dan minyak sapi, kemudian tumiskan bahan B sehingga wangi. 
  4. Masukkan rempah beriani dan sedikit air. Kacau rata sehingga pecah minyak. 
  5. Masukkan air, susu cair, garam, kacang kuda, kacang dal, kismis, beras, dan daun pandan. 
  6. Biarkan sehingga mendidih dan kacau rata sehingga kering. 
  7. Pindahkan nasi ke dalam periuk kukusan dan taburkan cili hijau, 
    cili merah, dan daun sup. Kukuskan selama 30 minit. 
  8. Padam api dan hidangkan dengan gajus dan bawang goreng.

Leave a comment