Nasi Goreng Tomyam

Kategori: Nusantara, Masakan Melayu
Masa Penyediaan: 0 Jam 30 Minit
Hidangan: 6 Orang

Bagaimana cara nak masak Nasi Goreng Tomyam?


Bahan-bahan diperlukan:

Bahan A
  • 6 cawan nasi sejuk (Diperoi) 
  • 100 g isi ayam (Dihiris nipis) 
  • 1 batang lobak merah  (Dipotong dadu) 
  • 100 g udang (Dibuang kulit) 
  • 100 g sotong    (Dipotong kecil)  
  • 100 g kubis bulat  (Dipotong kecil)
  • 2 biji telur 
  • 3 tangkai daun ketumbar  (Diracik) 
  • Minyak masak secukupnya 
  • Garam secukup rasa
Bahan B (Sos tomyam *dikisar*)
  • 10 tangkai cili kering    
  • 1 batang serai    
  • 2 ulas bawang putih    
  • 3 biji bawang merah    
  • 1 sudu makan udang kering  

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan B sehingga wangi. 
  2. Masukkan ayam dan lobak merah. Kemudian kacau rata sehingga masak. Masukkan udang, sotong, kubis, dan garam. Kemudian kacau rata. 
  3. Masukkan nasi dan kacau rata. 
  4. Pecahkan telur kemudian kacau rata lagi bersama semua bahan. Tutup api. 
  5. Taburkan daun ketumbar dan gaulkan sekali lagi. 
  6. Sedia dihidangkan.

Leave a comment