Nasi Goreng Kampung Bujang

Kategori: Resipi Ringkas, Resipi Bujang
Masa Penyediaan: 0 Jam 45 Minit
Hidangan: 1 Orang
Tags:

Nak tahu macam mana nak buat Nasi Goreng Kampung? Ikuti resipi ni!


Bahan-bahan diperlukan:

  •  2 sudu besar ikan bilis
  • 6 biji cili padi
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang besar
  • Dada ayam
  • ½ ikat kangkung
  • 1 sudu garam
  • Nasi
  • 3 sudu besar ikan bilis goreng

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Blend ikan bilis, cili padi, bawang putih dan bawang besar.
  2. Tumis hingga wangi.
  3. Masukkan dada ayam dan kacau hingga masak.
  4. Masukkan kangkung dan kacau hingga masak.
  5. Masukkan garam dan kacau.
  6. Masukkan nasi dan gaul hingga rata.
  7. Masukkan ikan bilis goreng dan gaul.
  8. Siap untuk dihidang.

Leave a comment