Nasi Goreng Kailan Ikan Masin

Kategori: Nusantara, Masakan Melayu
Masa Penyediaan: 0 Jam 20 Minit
Hidangan: 4 Orang

Bagaimana cara nak masak Nasi Goreng Kailan Ikan Masin?


Bahan-bahan diperlukan:

  • 4 cawan nasi sejuk (Diperoi) 
  • 100 g kailan (Dipotong kecil) 
  • 1 keping ikan tenggiri masin 
  • 2 biji bawang merah 
  • 2 ulas bawang putih    
  • 5 biji cili api    
  • Sedikit belacan    
  • Sedikit ikan bilis
  • ( Bawang merah, bawang putih, cili api, belacan dan ikan bilis dikisar bersama)  
  • 1 sudu makan sos ikan 
  • 1 pokok daun bawang  (Dipotong pendek) 
  • 2 sudu makan minyak masak 
  • Garam (Sekiranya perlu)

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Panaskan minyak masak dan gorengkan ikan masin. Ketepikan di dalam kuali dan tumiskan bahan yang dikisar sehingga naik bau. 
  2. Peroikan ikan masin dan kacau rata. 
  3. Masukkan nasi, kailan dan sos ikan. Gaul rata. 
  4. Angkat dan masukkan ke dalam pinggan. 
  5. Taburkan daun bawang dan hidangkan bersama keropok.

Leave a comment