Nasi Goreng Cina

Kategori: Asian, Masakan Cina
Masa Penyediaan: 0 Jam 30 Minit
Hidangan: 2 Orang

Bagaimana cara nak masak Nasi Goreng Cina?


Bahan-bahan diperlukan:

  • 2 cawan nasi sejuk (Diperoi) 
  • 2 ulas bawang putih 
  • 1 sudu teh lada hitam 
    (Bawang putih ditumbuk bersama dengan lada hitam)
  • 2 biji telur 
  • 100 g kubis (Dipotong kecil) 
  • 100 g kacang panjang (Dipotong pendek) 
  • 1 batang lobak merah (Dipotong dadu) 
  • 2 biji cili merah (Dihiris) 
  • 100 g udang (Dibuang kulit) 
  • 1 pokok daun bawang (Dipotong pendek) 
  • 2 sudu makan minyak 
  • Garam secukup rasa

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang ditumbuk sehingga 
    wangi. 
  2. Masukkan telur dan biarkan sebentar. 
  3. Apabila nampak telur separuh masak kacau supaya hancur sedikit. 
  4. Masukkan kubis, kacang panjang, lobak merah, cili merah, dan udang. 
    Kacau rata. 
  5. Masukkan nasi dan garam. Kacau supaya rata. Tutup api. 
  6. Masukkan hirisan daun bawang kemudian kacau.

Leave a comment