Nasi Bukhari Ayam

Kategori: Timur Tengah, Masakan Arab
Masa Penyediaan: 0 Jam 30 Minit
Hidangan: 10 Orang

Bagaimana cara nak masak Nasi Bukhari Ayam?


Bahan-bahan diperlukan:

Bahan A
  • 1 kg beras basmati 
  • 1½ ekor ayam (Dipotong 8 
  • 3 sudu makan rempah bukhari 
  • 1 liter air 
  • ½ cawan susu cair/yogurt 
  • 2 biji tomato (Dipotong 4) 
  • 1 pokok daun ketumbar (Dihiris) 
  • 4 sudu makan minyak sapi 
  • Garam secukup rasa 
  • Gula secukup rasa
Bahan B (Tumisan)
  • 10 biji bawang merah (Dihiris)
  • 4 ulas bawang putih (Dihiris)
  • 1½ inci halia (Dihiris)
  • 3 kuntum bunga lawang 
  • 1 inci kulit kayu manis 
  • 5 kuntum bunga cengkih 
  • 3 biji buah pelaga

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Basuh beras dan rendamkan selama 30 minit. Tuskan. 
  2. Panaskan minyak sapi dan tumiskan bahan B sehingga wangi. 
  3. Masukkan rempah bukhari kemudian kacau rata dan biarkan 
    sehingga wangi dan garing. 
  4. Masukkan air, susu cair ataupun yogurt, garam dan gula. Biarkan 
    sehingga mendidih. 
  5. Masukkan ayam dan tomato. Biarkan mendidih. 
  6. Masukkan beras dan daun ketumbar. Biarkan mendidih dan 
    kering seperti nasi biasa. 
  7. Apabila nasi sudah masak, gemburkan. Sedia dihidangkan.

Leave a comment