Nasi Air

Kategori: Pencuci Mulut / Minuman, Kuih-muih
Masa Penyediaan: 0 Jam 20 Minit
Hidangan: 4 Orang

Bagaimana cara nak masak Nasi Air?


Bahan-bahan diperlukan:

Bahan A
  • 1 cawan beras (Direndam 1 jam dan tuskan) 
  • 4 cawan air 
  • ½ cawan ikan bilis goreng 
  • 1 biji telur masin (Direbus dan dibelah 2) 
  • 1 pokok daun sup (Dicencang) 
  • Sedikit bawang goreng 
  • 12 tangkai cili api (Ditumbuk lumat) 
  • 1 sudu makan cuka 
  • 3 sudu makan minyak masak 
  • Garam secukup rasa
Bahan B (Sup daging)
  • 5 biji bawang merah (Dihiris)
  • 2 ulas bawang putih (Dihiris)
  • 1 inci halia (Dihiris)
  • 2 inci kulit kayu manis 
  • 2 kuntum bunga lawang 
  • 8 kuntum bunga cengkih 
  • 3 biji buah pelaga 
  • 3 cawan air 
  • 300 gram daging (Dipotong kecil)

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Masukkan beras, 4 cawan air dan sedikit garam ke dalam periuk dan masakkan sehingga betul-betul kembang dan lembut. 
  2. Bagi membuat sup daging, panaskan minyak masak dan tumiskan bahan yang dihiris, kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, dan buah pelaga sehingga wangi. 
  3. Masukkan 3 cawan air, daging dan garam. Masakkan sehingga mendidih dan daging lembut. 
  4. Di dalam mangkuk lain, campurkan cili api, cuka dan sedikit garam. Gaul rata. 
  5. Masukkan nasi bubur ke dalam mangkuk dan taburkan dengan ikan bilis goreng, telur masin, bawang goreng dan daun sup. 
  6. Hidangkan bersama sup daging dan cili api yang ditumbuk.

Leave a comment