Mushroom With Capsicum

Kategori: Resipi Ringkas, Makanan Sihat
Masa Penyediaan: 0 Jam 0 Minit
Hidangan: 1 Orang

Mudah, sedap, dimakan bersama pasta, stik atau nasi.


Bahan-bahan diperlukan:

  • 15 biji cendawan butang (segar) dipotong
  • 1 biji lada benggala dipotong sederhana kecil
  • 2 biji bawang putih dicincang halus
  • Sedikit rosemary
  • Sedikit lada hitam
  • Sedikit garam
  • Sedikit minyak zaitun

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Panaskan oven 230C. Gaulkan semua bahan bersama lada dan cendawan tadi. Letak di atas lapisan aluminum. Panggangkan di dalam oven selama 10 minit. Angkat. Boleh di makan begitu pun sedap.
  2. Kalau sesiapa ada tempat grill atau guna arang untuk membakar pun sedap.

Leave a comment