Minuman Nanas Kurma

Kategori: Pencuci Mulut / Minuman, Jus
Masa Penyediaan: 0 Jam 30 Minit
Hidangan: 4 Orang

Menambah kesegaran...eemmmm


Bahan-bahan diperlukan:

  • 1 biji nanas
  • 10 biji buah kurma
  • Gula pasir mengikut rasa
  • Daun pandan
  • Kulit kayu manis
  • Gula melaka (pilihan)
  • Madu /gula batu

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Nanas dihiris nipis atau kiub.
  2. Buah kurma dihiris dua dan buang biji.
  3. Masak air. Masukkan gula pasir, gula melaka, daun pandan dan kulit kayu manis.
  4. Masak hingga jadi sirap.
  5. Masukkan hirisan nanas dan buah korma. Kacau dan tutup api.
  6. Masukkan madu dan gula batu, jika suka.
  7. Boleh dihidangkan sebagai minuman sejuk.

Leave a comment