Mihun Sup

Kategori: Nusantara, Masakan Melayu
Masa Penyediaan: 0 Jam 30 Minit
Hidangan: 4 Orang

Bagaimana cara nak masak Mihun Sup?


Bahan-bahan diperlukan:

Bahan A
  • 300 g mihun (Direndam dan tuskan) 
  • 5 biji bawang merah (Dihiris)
  • 3 ulas bawang putih (Dihiris)
  • 1 sudu makan cili kisar 
  • 1 sudu makan udang kering (Ditumbuk) 
  • 1 sudu makan kicap 
  • 2 sudu makan sos tomato 
  • 2 sudu makan sos cili 
  • ½ batang lobak merah (Dipotong kecil)
  • 100 g daun kucai (Dipotong kecil)
  • 1 cawan tauge 
  • ½ cawan air 
  • 6 sudu makan minyak masak 
  • Garam secukup rasa
Bahan B
  • 3 biji bawang merah (Dihiris)
  • 2 ulas bawang putih (Dihiris)
  • 2 sudu makan cili kisar 
  • 1 batang serai (Diketuk) 
  • 300 g udang 
  • 3 sudu makan taucu manis 
  • 2 keping tauhu (Digoreng dan dpotong kecil) 
  • 2 sudu makan kacang tanah (Digoreng dan dikisar kasar) 
  • 1 sudu makan asam jawa 
  • 2 cawan air
    (Asam jawa dibancuh dengan air)

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Panaskan 3 sudu makan minyak masak di dalam kuali dan tumiskan bahan A yang dihiris, cili kisar dan udang kering sehingga pecah minyak. 
  2. Masukkan kicap, sos tomato, dan sos cili. Kacau rata. 
  3. Masukkan mihun, sayuran, dan air. Kacau rata sehingga mihun lembut. 
  4. Masukkan ke dalam pinggan hidang dan ketepikan. 
  5. Panaskan baki minyak masak dan tumiskan bahan B yang dihiris, cili kisar, dan serai sehingga wangi. 
  6. Masukkan udang, taucu, taucu, dan kacang tanah. Masakkan seketika. 
  7. Masukkan bancuhan air asam jawa dan garam. Masakkan lagi sehingga mendidih dengan kepekatan sederhana. 
  8. Hidangkan bersama mihun yang digoreng tadi dan hiaskan dengan tauhu goreng dan bawang goreng.

Leave a comment