Mihun Goreng

Kategori: Nusantara, Resipi Bujang
Masa Penyediaan: 0 Jam 20 Minit
Hidangan: 4 Orang

Bagaimana cara nak masak Mihun Goreng?


Bahan-bahan diperlukan:

  • 1 paket mihun  (Direndam dan tuskan) 
  • 10 tangkai cili kering  
  • 2 biji bawang merah 
  • 3 ulas bawang putih 
  • (Cili kering, bawang merah dan bawang putih dikisar bersama)
  • 200 g isi ayam (Dihiris nipis) 
  • 100 g sotong (Dihiris) 
  • 100 g udang (Dibuang kulit) 
  • 250 g kubis (Diracik) 
  • 2 pokok sawi (Dipotong pendek) 
  • 1 cawan tauge 
  • ½ cawan air 
  • 3 sudu makan minyak masak 
  • Garam secukup rasa

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang dikisar sehingga wangi.
  2. Masukkan isi ayam, sotong, dan udang. Kacau rata.
  3. Apabila isi ayam, sotong dan udang masak, masukkan garam dan air. Biarkan mendidih. 
  4. Masukkan kubis dan mihun. Kacau rata sehingga sebati. 
  5. Apabila mihun sudah lembut, masukkan sawi dan tauge. Gaulkan rata supaya semua bahan sebati. 
  6. Semasa menghidang, taburkan hirisan daun bawang dan daun sup.

Leave a comment