Mihun Bakso

Kategori: Nusantara, Masakan Indonesia
Masa Penyediaan: 0 Jam 20 Minit
Hidangan: 4 Orang

Bagaimana cara nak masak Mihun Bakso?


Bahan-bahan diperlukan:

  • 1 paket mihun (Direndam) 
  • 3 biji bawang merah (Dihiris)
  • 3 ulas bawang putih (Dihiris)
  • 1 inci halia (Dihiris)       
  • 1 batang serai (Diketuk) 
  • 300 g bebola daging 
  • 1 kiub pati daging 
  • 1 cawan air 
  • 1 sudu makan lada hitam  (Ditumbuk) 
  • 200 g kubis (Dihiris halus) 
  • 1 cawan tauge (Dibuang akarnya) 
  • Sedikit bawang goreng 
  • 1 pokok daun sup 
  • 1 pokok daun bawang 
  • 3 sudu makan minyak masak 
  • Air dan garam secukupnya

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang merah, bawang putih, halia, dan serai sehingga wangi. 
  2. Masukkan bebola daging, kiub pati daging, air, lada hitam dan garam. Biarkan mendidih. 
  3. Masukkan kubis dan mihun. Biarkan mendidih sekali lagi. 
  4. Hidangkan bersama tauge, bawang goreng, daun sup, daun bawang, dan juga cili api yang ditumbuk dan diperahkan limau kesturi.

Leave a comment