Mi Suah Sup

Kategori: Nusantara, Masakan Melayu
Masa Penyediaan: 0 Jam 20 Minit
Hidangan: 4 Orang

Bagaimana cara nak masak Mi Suah Sup?


Bahan-bahan diperlukan:

  • 1 paket mi suah 
  • 1 biji bawang merah (Dihiris)
  • 2 ulas bawang putih (Dihiris)
  • 100 g isi ayam (Dipotong kecil) 
  • 100 g udang 
  • 100 g sotong (Dipotong kecil) 
  • 2 cawan air 
  • 1 sudu makan lada hitam  (Ditumbuk) 
  • 50 g kubis (Dihiris) 
  • 1 batang lobak merah  (Dipotong kecil) 
  • 1 pokok daun sup (Dihiris) 
  • 1 pokok daun bawang (Dihiris)
  • Sedikit bawang goreng 
  • 2 sudu makan minyak masak 
  • Garam secukup rasa

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Panaskan minyak kemudian tumiskan bawang merah dan bawang putih sehingga wangi. 
  2. Masukkan isi ayam, udang, dan sotong. Kacau rata. 
  3. Masukkan air, lada hitam, garam, kubis dan lobak merah. Masakkan sehingga mendidih. 
  4. Masukkan mi suah, daun bawang, dan daun sup. Kacau seketika dan tutup api. 
  5. Hidangkan bersama bawang goreng.

Leave a comment