Mi Segera Goreng

Kategori: Nusantara, Resipi Bujang
Masa Penyediaan: 0 Jam 20 Minit
Hidangan: 4 Orang

Bagaimana cara nak masak Mi Segera Goreng?


Bahan-bahan diperlukan:

  • 3 paket mi segera  (Direbus dan tuskan) 
  • 5 biji cili merah  
  • 2 ulas bawang putih 
  • 3 biji bawang merah 
  • ( Cili merah, bawang putih, bawang merah ditumbuk bersama)
  • 100 g udang 
  • 100 g sotong (Dihiris) 
  • 300 g ayam (Dipotong kecil)
  • 1 pokok sawi (Dipotong kecil)
  • 50 g kubis  (Dipotong kecil)
  • 1 batang lobak merah  (Disagat ataupun dihiris) 
  • 2 sudu makan kicap 
  • Sedikit air 
  • 3 sudu makan minyak masak 
  • Garam secukup rasa

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Panaskan minyak dan masukkan bahan yang ditumbuk. Goreng sehingga naik bau. 
  2. Masukkan udang, sotong, dan ayam. Kacau rata dan biarkan sehingga masak. 
  3. Masukkan semua sayur, kicap dan air. Kacau rata. 
  4. Masukkan mi segera dan kacau rata sehingga semua bahan sebati. 
  5. Sedia dihidangkan

Leave a comment