Mi Bandung

Kategori: Nusantara, Masakan Indonesia
Masa Penyediaan: 0 Jam 20 Minit
Hidangan: 4 Orang

Bagaimana cara nak masak Mi Bandung?


Bahan-bahan diperlukan:

  • 1 paket mi kuning (Dicelur) 
  • 4 sudu makan cili kisar 
  • 3 ulas bawang putih (Ditumbuk) 
  • 5 biji bawang merah (Ditumbuk) 
  • 300 g isi ayam (Dipotong kecil) 
  • 200 g udang (Dibuang kepala) 
  • 100 g sotong 
  • 100 g kubis 
  •  1 batang lobak merah  (Dihiris nipis) 
  • 2 mangkuk stok ayam 
  • 5 sudu makan sos tomato 
  • 3 sudu makan sos cili 
  • 1 sudu makan sos tiram 
  • 1 pokok sawi (Dipotong kecil) 
  • 2 biji limau kesturi (Dibelah 2) 
  • 1 biji telur 
  • Garam secukup rasa 
  • Minyak masak secukupnya

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Panaskan minyak. Kemudian tumiskan cili kisar, bawang putih, dan bawang merah sehingga wangi. 
  2. Masukkan ayam, udang, sotong, kubis, dan lobak merah. 
  3. Masukkan stok ayam, sos tomato, sos cili, sos tiram dan garam. 
  4. Biarkan sehingga mendidih. Masukkan sawi dan mi. 
  5. Masukkan telur. Masak sehingga hampir keras. 
  6. Hidangkan bersama limau kesturi.

Leave a comment