Mee Hailam Ala Pattani

Kategori: Asian, Masakan Jepun
Masa Penyediaan: 0 Jam 0 Minit
Hidangan: Orang

resepi ni reka sendiri. dulu keluarga saya pelanggan tetap satu group tukang masak yg terdiri dari org pattani. tiap petang mesti saya menonong naik basikal pergi beli.. sedap, diorg put kailan, baby corn, hirisan cili merah dan ayam. now tak de lagi dah.. so saya reka sendiri dan rasanya sama mcm org pattani tu masak .. (hehe puji diri sendiri) marilah cuba..


Bahan-bahan diperlukan:

  • 250gm @ 1/2bgks mee kuning
  • 2 fillet dada ayam (dipotong dadu)
  • 4 biji bawang putih diketuk dan hiris (bwg merah tak yah kalu nak buh pun tak pa, yg penting bwg putih pakai byk)
  • 2 sudu teh tpg jagung (dibancuh dgn 1/2 cawan air)
  • 3 lembar kubis cina/pjg
  • lobak merah, baby corn, kailan (ikut suka la sayur byk mana, saya suka sayur byk)
  • lada sulah (saya guna lada putih ajishio) dan garam secukup rasa
  • 3 gelas air

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Tumis bawang putih sehingga kuning. Masukkan ayam, kacau dan masukkan air. Renih hingga ayam masak.
  2. Masukkan sayur, kacau tapi jgn sampai sayur terlalu layu. Masukkan mee kacau.
  3. Masukkan bancuhan tpg jagung dan perasakan dgn garam dan ajishio.

Leave a comment