Masak Lemak Telur Itik

Kategori: Nusantara, Masakan Melayu
Masa Penyediaan: 1 Jam 1 Minit
Hidangan: 1 Orang
Tags:

Masak Lemak Telur Itik


Bahan-bahan diperlukan:

Bahan A

  • 4-5 biji telur itik
  • 1 kotak santan 
  • Garam dan gula (sesedap rasa)
  • 1 helai daun kunyit dihiris halus

Bahan B (kisar)

  • Segenggam cili padi
  • 1 inci kunyit hidup
  • 1 batang serai
  • Bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • Serbuk kunyit

Cara menyediakan dan memasak:

  • Kisar semua bahan B, 
  • Kemudian didihkan sehingga menggelegak (masukkan sedikit air untuk kuah.
  • Masukkan garam dan gula (sesedap rasa)
  • Masukkan sekotak santan
  • Masukkan telur itik satu per satu. (pastikan telur yang di dalam periuk dah mengeras baru masukkan telur yang lain)
  • masukkan daun halia


SIAP! Sedia untuk dihidang.

Leave a comment