Masak Lemak Nanas Ikan Masin

Kategori: Nusantara, Masakan Melayu
Masa Penyediaan: 1 Jam 1 Minit
Hidangan: 1 Orang

Masak Lemak Nanas Ikan Masin


Bahan-bahan diperlukan:

  • Ikan talang masin (ikan masin lain juga boleh) - dipotong nipis
  • Nanas (potong dadu)
  • 1 Kotak santan
  • 1 batang serai - dititik
  • serbuk kunyit secukupnya
  • garam / gula secukup rasa

Bahan tumbuk / kisar:

  • 10 biji cili padi
  • 1 labu bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 inci kunyit hidup

Cara menyediakan dan memasak:

  • Masukkan bahan kisar dalam periuk
  • Masukkan ikan bahan
  • Masukkan sebatanbg serai
  • Masukkan nanas
  • Masukkan air
  • Masukkan sekotak santan
  • Masukkan gula dan garam (secukup rasa)
  • Kacau sehingga sebati (kuah hendaklah dikacau supaya tidak pecah santan)

SIAP! Sedia untuk dihidang.
**Selepas bismillah korang kena try hirup sesudu kuah dulu sebagai pembuka selera! 


Leave a comment