Mango Sago Pudding

Kategori: Pencuci Mulut / Minuman, Kuih-muih
Masa Penyediaan: 0 Jam 45 Minit
Hidangan: 2 Orang
Tags:

Resipi Mango Sago Pudding ni khas untuk korang yang mengidam makan desserts hari ni!


Bahan-bahan diperlukan:

Bahan-bahan (pudding):
- 1/4 cawan sago
- 2 cawan santan
- 3 sudu besar gula melaka
- 1 sudu kecil esen vanilla

Bahan-bahan (puri mangga):
- 1 biji mangga
- 1 sudu kecil jus limau
- 1/4 cawan santan
- 1 sudu kecil gula melaka

Bahan-bahan (topping):
- Daun pudina
- Kelapa parut kering 

Cara menyediakan dan memasak:

Cara-cara:
1. Untuk pudding sago, didihkan 1 1/2 santan bersama gula melaka dan esen vanilla.
2. Masukkan sago dan biar masak 7 minit. 
3. Apabila sago mula menjadi kering, tambahkan 1/2 cawan santan dan biar masak selama 7 minit.
4. Apabila sago sudah masak, sejukkan selama 30 minit.  
5. Untuk puri mangga, kisar mangga, jus limau, gula melaka dan santan. Sejukkan 30 minit.
6. Di dalam gelas hidangan, tuangkan puri mangga, diikuti dengan pudding sago dan kemudian puri mangga balik semula.
7. Hiasi dengan kelapa parut kering dan daun pudina jika mahu.
8. Siap untuk dihidang!


Leave a comment