Mac & Cheese

Kategori: Barat
Masa Penyediaan: 0 Jam 45 Minit
Hidangan: 2 Orang
Tags:

Cuba cara mudah ni untuk buat Mac & Cheese sendiri di rumah!


Bahan-bahan diperlukan:

Bahan-bahan (macaroni):
- Air
- 1 sudu kecil garam
- 200g macaroni

Bahan-bahan (sos):
- 2 sudu besar mentega
- 2 sudu besar tepung gandum
- 5 cawan susu
- 1 sudu kecil garam
- 1 sudu kecil lada hitam
- 1 cawan cheddar
- 1 cawan mozarella

Bahan-bahan (topping):
- Breadcrumbs
- Mixed herbs

Cara menyediakan dan memasak:

Cara-cara:
1. Didihkan air dan masukkan garam. Kemudian masukkan macaroni.
2. Rebus hingga masak. Kemudian toskan.
3. Cairkan mentega dan masukkan tepung gandum. Kacau hingga sebati.
4. Masukkan susu, garam dan lada hitam.
5. Kacau selama 5 minit. 
6. Tutup api dan masukkan cheddar dan mozarella.
7. Kacau hingga pekat.
8. Masukkan macaroni dan gaul hingga rata. Kemudian, masukkan dalam bekas bersapu mentega.
9. Tabur breadcrumbs dan mixed herbs.
10. Bakar selama 30 minit dengan suhu 175°C.
11. Siap untuk dihidang!

Leave a comment