Limpa Goreng Berlada

Kategori: Nusantara, Masakan Melayu
Masa Penyediaan: 0 Jam 30 Minit
Hidangan: 4 Orang

Bagaimana cara nak masak Limpa Goreng Berlada?


Bahan-bahan diperlukan:

  • 400 g limpa (Dipotong kecil) 
  • 5 tangkai daun kari 
  • 5 biji cili api (Dihiris kasar)                    
  • 5 biji cili merah (Dihiris kasar)          
  • 1 inci halia (Dihiris kasar)                    
  • 5 biji bawang merah (Dihiris kasar)  
  • 3 ulas bawang putih (Dihiris kasar)    
  • ½ cawan jus asam jawa
  • 5 kacang panjang  (Dipotong pendek) 
  • 2 biji tomato (Dibelah 4) 
  • 2 labu bawang besar (Dihiris) 
  • 3 sudu makan minyak masak 
  • Garam secukup rasa

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Panaskan minyak masak di dalam kuali kemudian tumiskan daun kari dan bahan yang dikisar sehingga pecah minyak dan wangi. 
  2. Masukkan limpa dan garam. Kacau sebati dan biarkan masakkan sehingga pecah minyak. 
  3. Masukkan jus asam jawa dan masakkan sehingga kering. 
  4. Masukkan kacang panjang, tomato dan bawang besar. 
  5. Kacau lagi dan biarkan pecah minyak semula. 
  6. Sedia dihidangkan bersama nasi ataupun roti.

Leave a comment