Lepat Jagung Manis

Kategori: Pencuci Mulut / Minuman, Kuih-muih
Masa Penyediaan: 0 Jam 20 Minit
Hidangan: 5 Orang

Bagaimana cara nak masak Lepat Jagung Manis?


Bahan-bahan diperlukan:

  • 2 tongkol jagung 
  • Daun pisang secukupnya 
  • 1 cawan tepung beras 
  • ½ cawan tepung jagung 
  • ½ cawan tepung gandum 
  • ½ cawan gula
  • 3 cawan santan (½ biji kelapa) 
  • ½ sudu teh garam

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Layurkan daun pisang dan potong kecil. Kemudian lapkan. 
  2. Hiriskan jagung kasar-kasar. 
  3. Campurkan semua bahan kecuali jagung dan daun pisang, kemudian 
    tapiskan. 
  4. Masukkan jagung dan kacau rata. 
  5. Kacau adunan di dalam periuk ataupun kuali non-stick sehingga kental. 
  6. Panaskan air di dalam pengukus. 
  7. Ambil satu sudu adunan dan letakkan di atas daun pisang, kemudian lipat panjang. 
  8. Masukkan di dalam pengukus dan kukus selama 15 minit. 
  9. Sejukkan dan sedia dihidangkan.

Leave a comment